Cara Jadi REN di Malaysia | Legacy Real Property
NAK TAHU TENTANG KERJAYA REN? CHAT DENGAN KAMI

Cara Jadi REN di Malaysia

Nak Jadi REN Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana?

Nak tahu syarat, kos, kursus, proses pendaftaran, potensi pendapatan dan realiti sebenar kerjaya sebagai Real Estate Negotiator (REN)?

Dalam panduan ini, kami terangkan semuanya — daripada langkah pertama sehinggalah bagaimana anda boleh mula membina kerjaya sebagai REN bersama team yang betul.

SAYA NAK JADI REN

Tak pasti sesuai atau tidak? Tanya kami dulu.

Rijal Fikri — Real Estate Negotiator

Berdaftar dengan

LPPEH

Sebenarnya, Apa Itu Real Estate Negotiator (REN)?

Ramai yang ingat kerja REN cuma:

Buka pintu rumah tunjuk rumah tunggu komisen.

Hakikatnya, tugas seorang REN jauh lebih besar daripada itu.

Real Estate Negotiator (REN) ialah individu yang menjalankan aktiviti berkaitan hartanah di bawah firma ejen hartanah yang berlesen dan berdaftar dengan LPPEH.

Apa sebenarnya kerja seorang REN?

1. MEMBANTU PEMILIK

Membantu menjual atau menyewakan hartanah.

2. MEMBANTU PEMBELI

Mencari hartanah yang sesuai berdasarkan bajet dan keperluan.

3. MEMASARKAN HARTANAH

Menggunakan portal hartanah, media sosial dan platform digital.

4. MENGURUS PROSPEK

Menjawab pertanyaan, membuat follow-up dan mengatur viewing.

5. MENGURUS RUNDINGAN

Membantu proses rundingan antara pembeli dan penjual.

6. MEMBANTU PROSES TRANSAKSI

Berurusan dengan pihak berkaitan seperti peguam, bank dan penilai.

7. MEMBINA HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN

Memberikan penerangan dan konsultasi berkaitan hartanah.

Pendek kata, REN bukan sekadar menjual rumah. REN membantu pelanggan melalui perjalanan transaksi hartanah.

REN, PEA & REA — Apa Sebenarnya Perbezaan?

Kalau baru nak masuk industri hartanah, memang mudah keliru.

"REN apa? PEA apa? REA pula apa?"

REN

Real Estate Negotiator

REN ialah individu yang menjalankan aktiviti hartanah di bawah firma ejen hartanah yang berlesen.

  • Pemasaran
  • Mencari pelanggan
  • Rundingan
  • Jualan
  • Penyewaan
REN tidak boleh membuka firma ejen hartanah sendiri.

PEA

Probationary Estate Agent

PEA ialah individu yang telah memenuhi laluan profesional yang berkaitan dan sedang menjalani tempoh latihan praktikal sebelum layak menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.

Mudah faham: PEA ialah salah satu peringkat dalam perjalanan untuk menjadi REA.

REA

Registered Estate Agent

REA ialah Ejen Hartanah Berdaftar yang telah memenuhi keperluan profesional yang ditetapkan dan boleh mengendalikan firma ejen hartanah mengikut peraturan yang berkenaan.

REA juga memainkan peranan dalam menyelia REN di bawah firma.
RENMenjalankan aktiviti hartanah di bawah firma.
PEADalam laluan profesional menuju Estate Agent.
REAEjen Hartanah Berdaftar yang boleh mengendalikan firma.

Sebenarnya, Siapa Yang Sesuai Jadi REN?

Ramai bila dengar “kerjaya hartanah”, terus fikir:

'Aku kena pandai menjual.' 'Kena ada pengalaman.' 'Kena ada ramai kenalan.'

Tak semestinya.

Yang lebih penting ialah anda bersedia untuk belajar, berkomunikasi dengan orang, membina networking dan konsisten.

01

ANDA SEDANG BEKERJA

Nak bina sumber pendapatan tambahan?

Kerjaya REN boleh diterokai secara part time, tertakluk kepada keadaan dan keperluan yang berkaitan.

02

ANDA FRESH GRADUATE

Belum ada pengalaman dalam bidang hartanah?

Anda boleh belajar dan bina kemahiran dari awal.

03

ANDA SURI RUMAH

Ada masa yang fleksibel dan nak bina sumber pendapatan sendiri?

Kerjaya REN boleh menjadi salah satu pilihan untuk diterokai.

04

ANDA NAK TUKAR KERJAYA

Dah lama rasa kerja sekarang bukan apa yang anda nak?

Mungkin sudah tiba masa untuk kenal lebih dekat bidang hartanah.

05

ANDA NAK BINA PENDAPATAN TAMBAHAN

Nak cuba bidang yang berasaskan prestasi dan komisen?

REN mungkin satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.

06

ANDA MEMANG MINAT HARTANAH

  • • Suka tengok rumah?
  • • Suka survey kawasan perumahan?
  • • Suka berkomunikasi dengan orang?

Minat itu boleh jadi titik permulaan.

Tak perlu tunggu sampai rasa 'aku dah cukup pandai'.

Kerjaya seperti marketing, prospecting, follow-up, viewing, negotiation dan closing boleh dibina sepanjang perjalanan.

TAHU SAMA ADA SAYA SESUAI ATAU TIDAK

Apa Syarat Untuk Jadi REN di Malaysia?

Kalau anda rasa bidang REN sesuai untuk anda, soalan seterusnya mesti:
"Aku cukup syarat ke?"

1

Berumur 18 Tahun Ke Atas

2

Tidak Muflis

3

Mengikuti Kursus NCC

4

Bernaung Di Bawah Agensi Hartanah Yang Sah

5

Lengkapkan Dokumen Yang Diperlukan

Perlu Ada Pengalaman Hartanah?

Tak semestinya.

Anda tak perlu tunggu sampai dah pandai jual rumah baru nak mula.

Yang penting ialah memenuhi syarat yang ditetapkan dan bersedia untuk belajar.

Nak Jadi REN, Kena Keluar Modal Berapa?

Ini antara soalan paling biasa:
"Nak jadi REN ni mahal ke?"

Kursus NCC

RM600 – RM650

Kos Agensi / Pentadbiran

RM150 – RM250

Anggaran Kos Asas

RM600 – RM1,000

Jumlah sebenar mungkin berbeza mengikut penyedia kursus dan agensi.

Tapi Ada Satu Benda Yang Ramai Tak Fikir

Kos untuk menjadi REN ≠ modal untuk menjalankan kerjaya sebagai REN.

Marketing & iklan
Petrol, tol & parking
Telefon & internet
Bahan pemasaran
Keperluan kerja

Modal sokongan operasi

RM1,000 – RM3,000

Ini adalah bajet sokongan operasi. Ia BUKAN yuran pendaftaran wajib.

Tak perlu tunggu ada modal besar untuk mula. Tapi jangan anggap kerjaya REN tak perlukan kos operasi.

NAK TAHU KOS UNTUK JOIN TEAM

Berapa Sebenarnya REN Boleh Dapat?

"Kalau aku jadi REN, boleh dapat berapa sebulan?"

Tak ada angka pendapatan yang tetap.

Pendapatan bergantung kepada:

Jumlah prospek Listing yang diperoleh Aktiviti pemasaran Follow-up Kemahiran rundingan Nilai hartanah Jumlah transaksi yang berjaya

Simulasi Komisen Jualan Hartanah

Harga Hartanah

RM300,000

Agency Fee

3%

Jumlah Kasar

RM9,000

Contoh Split (50:50)

Bahagian REN

RM4,500

PENAFIAN: Ini hanyalah simulasi. Jumlah sebenar bergantung kepada transaksi, kadar fi dan struktur pembahagian komisen yang berkaitan.

Cari
prospek
Marketing
Follow-up
Viewing
Negotiation
Transaction
Komisen

Tiada janji pendapatan. Yang ada ialah peluang untuk membina kerjaya melalui usaha, kemahiran dan konsistensi.

Macam Mana Nak Jadi REN?

01

PILIH & SERTAI AGENSI

Cari agensi hartanah yang sesuai dengan anda. Lihat training, coaching, mentor, marketing support dan sistem yang disediakan.

02

TEMUDUGA

Kenali team dan fahami cara kerja serta expectation.

03

HADIRI NCC

Lengkapkan Negotiator Certification Course (NCC).

04

LENGKAPKAN DOKUMEN

Sediakan dokumen yang diperlukan.

05

AGENSI HANTAR PERMOHONAN

Pihak agensi akan menguruskan proses penyerahan permohonan.

06

PROSES PENDAFTARAN

Permohonan akan diproses oleh pihak berkaitan.

07

TERIMA PENGENALAN REN

Selepas proses diluluskan, anda akan menerima nombor dan pengenalan REN yang berkaitan.

08

MULA BINA KERJAYA

Belajar → Marketing → Prospecting → Viewing → Follow-up → Negotiation → Closing

Daftar REN bukan penamat. Itu baru permulaan.

Sebab selepas anda menjadi REN, soalan yang lebih penting ialah:

"Siapa nak guide aku?"


"Nak cari customer macam mana?"


"Nak buat marketing macam mana?"


"Nak dapatkan listing macam mana?"

Dan di sinilah pemilihan team memainkan peranan.

Tak Perlu Belajar Seorang Diri

"Nak cari owner dekat mana?" "Nak buat iklan macam mana?" "Buyer ni serius ke?" "Nak follow-up macam mana?" "Nak handle objection macam mana?"

Anda bukan sekadar perlukan tempat untuk bernaung.
Anda perlukan sistem, bimbingan dan support.

Training & Coaching

Belajar asas dan kemahiran yang diperlukan untuk membina kerjaya sebagai REN.

Mentor & Guidance

Bila ada perkara yang anda tak tahu, ada tempat untuk bertanya dan mendapatkan panduan.

Marketing Support

Dapatkan sokongan berkaitan pemasaran dan cara mempromosikan hartanah.

Template Iklan

Tak perlu setiap kali nak buat iklan, bermula dari kosong.

SOP & Workflow

Faham apa yang perlu dibuat dan bagaimana proses kerja disusun.

Team Support

Bila berdepan situasi yang belum pernah anda hadapi, anda tak perlu fikir seorang diri.

Group Communication

Berhubung dengan team, bertanya soalan dan berkongsi perkembangan.

Kami Tak Menjual Janji Income

We do not promise:

  • RM10,000 bulan pertama
  • RM20,000 setiap bulan
  • Closing tanpa usaha

Instead, we provide:

Training + Coaching + Guidance + Marketing Support + Team Support

"Sebelum ni saya memang tak pernah terlibat dalam bidang hartanah. Pada awalnya banyak benda saya tak tahu. Tapi bila ada training dan team yang boleh guide, saya jadi lebih faham apa yang perlu dibuat."

Ahmad

— Ahmad

REN

"Saya mula sebagai REN sebab nak cuba bina income tambahan tanpa terus tinggalkan kerja utama. Mula-mula memang takut. Tapi bila dah belajar cara marketing, follow-up dan uruskan prospek, saya mula nampak macam mana sebenarnya kerja REN."

Aina

— Aina

REN

"Benda yang paling membantu saya masa baru mula ialah adanya team untuk bertanya. Bila ada situasi yang saya tak pernah hadapi, saya tak perlu fikir seorang diri. Saya boleh rujuk mentor dan team."

Farid

— Farid

REN

3 orang. 3 perjalanan yang berbeza.

Tapi semuanya bermula dengan satu keputusan:

Berani untuk mula.

Soalan Yang Selalu Ditanya Tentang Kerjaya REN

Sedia Untuk Mula Kerjaya Sebagai REN?

Langkah pertama sentiasa yang paling sukar. Tapi kami sedia membantu anda memahami prosesnya dari awal hingga akhir.

HUBUNGI KAMI SEKARANG

Tanya soalan. Tiada komitmen pendaftaran.